? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

25.1.10

PENGENALAN


Pada masa ini hanya MTQN di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Yayasan Islam Negeri (YIN) sahaja yang telah mengadakan kerjasama dengan DQ. Walau bagaimana pun terdapat permohonan daripada Maahad Tahfiz Al-Quran persendirian yang berminat untuk mengadakan kerjasama dengan DQ.

Y.B Menteri Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menubuhkan DHM semasa merasmikan Seminar Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Masjid Wilayah Persekutuan pada 10 Ogos 2009. Penubuhan DHM akan menghimpunkan penghafaz-penghafaz Al-Quran serta Maahad dan Madrasah Tahfiz diharapkan akan mengangkat martabat serta memperkasakan seluruh Institusi Tahfiz di Malaysia.

Objektif DHM
Memperkasakan hubungan antara DQ JAKIM dengan semua Institusi Tahfiz Al-Quran di Malaysia.

Menghimpun dan membentuk penyatuan penghafaz Al-Quran.

Menjadi platform untuk meartabatkan pengiktirafan masyarakat terhadap para huffaz Al-Quran.

Menjadi platform untuk melaksanakan aktiviti tahfiz Al-Quran.

Meningkatkan kualiti dan kepakaran dalam bidang tahfiz Al-Quran.

Menyediakan kepakaran untuk membantu agensi yang melaksanakan akredetasi bagi Institusi Tahfiz Al-Quran.

Mengumpul dana bagi menjayakan aktiviti DHM.

Fungsi Dewan Huffaz Malaysia
Memantapkan pengurusan Institusi Tahfiz Al-Quran dan graduan Tahfiz Al-Quran agar kualiti hafazan berkekalan berasaskan system akredetasi yang standard.

Meningkatkan aktiviti-aktiviti penyeliddikan di dalam bidang Tahfiz Al-Quran.

Menganjurkan seminar, konvensyen, bengkel, kursus dalam kerangka untuk memartabatkan Institusi Tahfiz Al-Quran.

Mengembangkan aktiviti-aktiviti antara Maahad Tahfiz Al-Quran seperti sukan, Ihtifal, Amal Islami, Program Motivasi dan Ijtima` pelajar Tahfiz Al-Quran.

Menyelaraskan apa-apa tindakan bagi menangani isu-isu yang berkaitan pendidikan Tahfiz Al-Quran.

Mengumpul dan mengembangkan dana untuk membantu Maahad Tahfiz Al-Quran bagi menjayakan aktiviti-aktiviti memperkasakan pendidikan Tahfiz Al-Quran.

Memberikan khidmat pekar kepada agensi-agensi yang memerlukan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN), JAKIM, JAIN, MAIN dan mana-mana agensi kerajaan dan swasta di dalam bidang Al-Quran.

Menerbitkan hasil penyelidikan yang berkaitan dengan Al-Quran.

Memberi khidmat perundingan kepada Institusi Tahfiz Al-Quran.

Bekerjasama dengan pihak Kerajaan bagi menjayakan agenda untuk memartabatkan pendidikan Tahfiz Al-Quran.

Perlaksanaan
DHM akan memainkan peranan sebagai secretariat bagi menyelaraskan semua program yang berkaitan dengan Tahfiz Al-Quran dan juga kebajikan para Huffaz.

Bagi membolehkan DHM berfungsi sebaimana yang dirancang, ia perlu menubuhkan sekretariat yang akan berperanan sebagai tenaga penggerak DHM. Sekretariat ini akan bertanggungjawab melaksanakan semua program yang diputuskan oleh Jawatankuasa Induk DHM.

Jawatankuasa dan Keahlian DHM

Jawatankuasa Induk DHM
Penaung - Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Pengerusi - Ketua Pengarah JAKIM
Timb. Pengerusi - Timb. Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM
Setiausaha - Pengarah Darul Quran
Jawatankuasa - Timb. Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM
Pengarah Bahagian Latihan
Penasihat Undang-Undang
Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan JAKIM
Pengarah Bahagian Kewangan JAKIM
Pengarah JAIN
Y. Dipertua MAIN/Yayasan
Y. Bhg. Tan Sri Sheikh Hj. Ismail bin Muhammad–JAKIM
Y. Bhg. Dato’ Sheikh Mohd Nor bin Mansor – MTQN Perak
Y. Bhg. Dato’ Zulkifli bin Ali – MTQN Pahang
Y. Bhg. Dato’ Salahuddin bin Omar-
Mantan Pengetua Darul Quran
Sekretariat - Darul Quran
Jawatankuasa Pelaksanaan DHM
Penasihat - Ketua Pengarah JAKIM
Pengerusi - Timb. Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM
Timb. Pengerusi - Pengarah Darul Quran
Setiausaha - Timb. Pengarah Akademik
Ahli Jawatankuasa - Pendaftar
KPP / KJ Darul Quran
JAIN
MTQ
Badan Bukan Kerajaan (NGO) Tahfiz Al-Quran
Sekretariat - Cawangan Akademik Darul Quran

Sekretariat
Darul Quran Jakim
Jalan Hamzah, Ampang Pecah
Kuala Lumpur Bharu
Selangor Darul Ehsan

1 comments:

Anonymous said...

Salam..saya harap admin dapat update nombor telephone terkini di semua maahad tahfiz .saya dah cuba beberapa kali menelefon sek tahfiz2 di kuala lumpur tetapi semuanya tidak dapat di hubungi.